Search

Saturday, 15 November 2014

Lagi List Makanan HARAM dimakan umat islam 2015 nanti

Nov 16, 2014, Butterscoth Lundang, Persidangan Majlis-Majlis Penyelidik Makanan Haram 2014 yang diketuai dr Wan Abu bersidang di dewan keramat Kampung Tangjung Langsat, kelmarin. Majlis yang diketuai dr Wan Abu itu berkisarkan list-list makanan yang diharamkan untuk dimakan oleh umat islam masa kini. dr wan abu sebagai wakil pencetus makanan haram sedunia kini mengeluarkan list beberapa makanan haram dan telah disokong ahli-ahli lain.

Kajian dilakukan kolaborasi diantara profesor-profesor dunia ini secara jelas dan tepatdan sesuai dijadikan petunjuk untuk umat islam zaman sekarang dan list-list ini sesuai diprint dan dibawa kemana sahaja apabila umat islam keluar terutamanya ketika bulan ramadahan.

Berikut adalah sebahagiam lis-list makanan yang diharamkan dimakan:

1) Bak Kut Teh , makanan ini didapati mengandungi unsur babi yang haram dimakan oleh umat islam.

2) Katak goreng atau sup

3) Ular lidi goreng rangup dan sebaris dengannya

4) Buaya tembaga bakar

5) Ulat gonggok tiga rasa

6) 3 ekor lipan bara masak cili padi

Berikut adalah lima jenis makanan yang diharamkan, majlis akan disambung lagi minggu depan dan dr wan abu akan mengeluarkan lagi list-list baru untuk pembaca sekalian.

Terima Kasih

Friday, 14 November 2014

Rahsia Senyuman Wanita

Senyuman wanita untuk lelaki

PERINGATAN : Tips-tips atau apa2 knowledge yang dr wan abu kongsikan ini hanya berkesan untuk perempuan dan lelaki dan bukannya untuk lelaki dan lelaki.


Rahsia disebalik senyuman
Hakikatnya, setiap manusia, lelaki atau wanita semestinya mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan hidup masing-masing samada untuk selama-lamanya atau sementara (keputusan terserah kepada individu), nasihat dari dr wan abu, kalau nak cari pasangan dan nak gunakan tips/knowledge dari dr wan abu ni, tolong gunakan untuk mencari pasangan hidup untuk selama-lamaya kerana dr wan abu tak nak berkompromi dalam setiap aktiviti-aktiviti anda bersama pasangan dibelakang dr wan abu. Ilmu yang diajar ini hendaklah digunakan kearah kebaikan dan bukannya kearah kemungkaran, kalau tak sia-sia je dr wan abu taip ni habiskan masa berjam -jam lamanya.

Sebagai seorang wanita, tips yang pertama dr wan abu nak ajar adalah senyuman. Murahkan senyuman anda, setiap hari, setiap jam, setiap masa dan kalau boleh tidurlah anda dalam senyuman juga, especially untuk yang dah bersuami. Ini kerana kebiasaannya jika suami terjaga ditengah malam, terlihat isteri tidur dalam senyuman, bolehlah si suami tidur dengan lena selepas tersedar oleh mimpi ngeri sebentar tadi.

Ingat, anda tidak semestinya hanya senyum apabila bersemuka dengan seseorang atau orang yang diminati, tak perlu nak pandang sekeliling dahulu baru nak senyum, just senyum je walau tak ada apa pun yang berlaku. Tahu tak kenapa ? Kerana anda harus tahu yang lelaki-lelaki atau peminat-peminat anda sentiasa memerhatikan anda, ketika anda berjalan, lelaki-lelaki itu semestinya ada disebalik-balik tiang-tiang bangunan itu, ketika anda melintas jalan, lelaki-lelaki ini berada didalam kereta bertinted gelap sambil memerhatikan anda. Mereka sentiasa dan semestinya sentiasa memerhatikan anda, tapi dari jauh.I ni adalah kebiasaannya seorang lelaki, mereka ini tak gelojoh, sebelum seseorang lelaki datang kearah anda, menyapa dan berkenalan dengan anda, mereka akan sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri anda, dari jauh akan memerhatikan raut wajah anda, percakapan dan gaya anda, dan inilah masanya untuk anda melontar senyuman anda kerana senyuman ini adalah satu magnet yang kuat yang akan menarik lelaki-lelaki yang berada dibelakang tiang tadi untuk menghampiri anda, juga akan menanggalkan tinted kereta mereka hanya untuk memerhatikan anda dengan jelas dan mendampingi anda.

Tapi anda harus ingat, senyuman yang anda lontarkan tadi adalah dari jarak jauh dan hanya satu magnet untuk menarik lelaki-lelaki itu. Apakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan lelaki-lelaki itu? Anda harus ingat yang lelaki dilahirkan dengan penuh persoalan dan pemerhatian.

Tips seterunya adalah pastikan senyuman anda dari jarak dekat adalah yang terbaik dimana tiada cacat celanya seperti serpihan-sepihan lada dicelah-celah gigi dan kuning-kuningan oleh kerana terlupa gosok gigi. Dari jauh manis nampaknya, akan tetapi lelaki-lelaki disebalik tiang ini akan meninggal anda dalam sekelip mata sahaja jika senyuman anda dari jarak dekat ini ada cacat celanya dan lantas akan mengubah persepsi mereka dalam sekelip mata. Terdapat banyak ubat gigi di pasaran, Colgate, Darlie, tak perlu dr wan abu beritahu, invest a little bit, and you all will get what u want. Trust Me..

Thursday, 13 November 2014

LELAKI MAKAN ROTI LEBIH SIHAT BERBANDING MAKAN NASI ATAU BERAS

LELAKI MAKAN ROTI LEBIH SIHAT BERBANDING MAKAN NASI ATAU BERAS


13 Nov 2014, Kuala Kurai- Bentuk badan yang menarik adalah idaman setiap lelaki-lelaki dizaman 2014 ini. Kajian secara solo telah dilakukan oleh dr wan abu bersama Taylor Lautner dirumahnya selama sebulan berturut-turut. Berdasarkan interview bersama Taylor Lautner mengenai gaya pemakanannya, jawapannya hanyalah satu iaitu "Makanlah Roti".

Berdasarkan kenyataan ini, ternyata benar lelaki makan roti lebih sihat berbanding makan nasi. Ini adalah kerana, dari segi fisikal rotinya sendiri pun kita sudah dapat menilai yang mana satu lebih besar dan ternyata roti lebih besar dari nasi malah mempunyai bentuk segiempat, sesuai dengan bentuk perut yang diidamkan lelaki sekarang. 6 biji roti segiempat sehari cenderung untuk membentuk 6 pax untuk lelaki dalam masa 6 bulan iaitu 1 pax akan mulai terbentuk dalam masa sebulan.

Hipotesis dari kajian ini mendapati " Semakin besar saiz makanan dan semakin petak makanan itu, semakin besar lelaki itu dan semakin cepat petak terbentuk diperut mereka " . 

Wednesday, 12 November 2014

3 PETUA ATASI MASALAH SUSAH TIDUR ATAU INSOMNIA



Salam satu negara, setelah sekian lama dr wan abu membuat kajian demi kajian, ekperimen demi eksperimen akhirnya dr wan abu dah menjumpai petua untuk sesiapa yang sukar sangat untuk tidur ni.Cara ini sangat senang dan pembaca semua (pemilik imsomnia) tidak lagi perlu mengambil ubat-ubatan traditional atau moden yang mana masih diragui kesahihannya dan kehalalannya lagi. Petua tanpa ubat ini dirumus khas oleh dr wan abu sendiri menerusi kajian selama seabad ini.

1 ) JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK TIDUR
Bagi penghidap imsomnia, setiap malam hari, jangan sesekali anda cuba untuk tidur, ini adalah kerana masalah susah tidur atau tak dapat tidur (imsomnia) ini hanya akan berlaku apabila anda cuba untuk tidur sahaja. Apabila anda tidak tidur, maka anda tidak akan lagi mengalami masalah susah untuk tidur ini.


2) CUBA UNTUK BERLARI DIMALAM HARI
Ingat, bagi setiap insan yang menghidap imsomnia ini, cubalah memulakan larian di waktu malam, tetapi ingat, pilihlah tempat yang sesuai terutama kaum wanita. Keselamatan harus dipatuhi. Kadar metabolisma badan akan meningkat apabila anda berlari, peluh akan mula keluar disetiap sudut liang-liang roma anda, dengan peluh yang membasahi badan anda ini, anda tidak akan berasa mengantuk lagi malah cergas diwaktu siang hari.


3) JANGAN BANGUN DARI TIDUR
Petua yang paling penting adalah jangan sesekali bangun apabila anda telah berjaya tidur dengan nyenyak. Cuba bayangkan betapa susahnya anda untuk tidur. Dari pemerhatian dr wan abu, masalah susah untuk tidur ini berlaku dalam keadaan anda sedar dan tidak akan sesekali berlaku dalam keadaan anda tidak sedar. Oleh itu, anda tidak seharusnya bangun dari tidur anda yang nyhenyak itu.

Dengan 3 petua yang dr wan abu kongsikan ini, seharapnya pembaca sekalian tidak akan lagi mengalami masalah kurang tidur ini.

PELAJAR DINASIHATKAN ELAK BELAJAR TINGGI-TINGGI



"Belajar tingi-tingi ye nak, esok boleh tolong mak, kerja besar, kereta besar, balik kampung boleh bawa mak jalan-jalan kat bandar."- Saadiah-Ibu tunggal, 1989.

Nov 11 1989, Butterworth, Negeri Sembilan. Inilah berikutan kata-kata seorang ibu kepada anaknya yang pada masa itu baru berusia 5 tahun, masih belajar di tadika kemas kanak-kanak riang dan selamat negeri sembilan.

Nov 11, 2014, Kuala Lumpur. dr wan abu, selaku pengarah pendidikan pelajar-pelajar riang negara hari ini mengecam keras mana-mana ibu-bapa yang masih lagi terikut-ikut pesan-pesan orang-orang tua dizaman dahulu (seperti diatas) memesan anak-anak mereka dizaman moden sekarang ini. Pelajar kini dinasihatkan agar mengelak untuk belajar tinggi-tingi. Menurut kajian dr wan abu bersama saintis-saintis Nasas 2023, pelajar yang belajar tinggi-tinggi akan mengalami masalah kelembapan dan kemurungan yang tak semena-menanya dan ia akan menjejaskan pelajaran.

Pelajar yang belajar tingi-tingi biasanya akan mengalami keletihan yang amat terutamanya apabila institusi-institusi itu tidak mempunyai lift.Mereka juga terpaksa bergerak lebih awal dan menggunakan tenaga yang banyak sebelum masuk ke kelas.

Sehubungan itu keinginan untuk kekelas juga akan menurun setahun demi setahun. Oleh hal yang demikian, dr wan abu menasihatkan pelajar-pelajar sekarang kalau boleh lah jangan lah belajar tinggi-tinggi, cukuplah setingkat dua sahaja, jangan sampai empat lima tingkat sehari. Pelajar yang cemerlang adalah yang berada di kelas yang rendah, percayalah kata-kata dr wan abu ini.

Berikut adalah pesan dr wan abu pada ibu bapa dana pelajar-pelajar sekarang di majlis persamian pelajar pelajar riang negara 2014.