Search

Wednesday, 12 November 2014

3 PETUA ATASI MASALAH SUSAH TIDUR ATAU INSOMNIA



Salam satu negara, setelah sekian lama dr wan abu membuat kajian demi kajian, ekperimen demi eksperimen akhirnya dr wan abu dah menjumpai petua untuk sesiapa yang sukar sangat untuk tidur ni.Cara ini sangat senang dan pembaca semua (pemilik imsomnia) tidak lagi perlu mengambil ubat-ubatan traditional atau moden yang mana masih diragui kesahihannya dan kehalalannya lagi. Petua tanpa ubat ini dirumus khas oleh dr wan abu sendiri menerusi kajian selama seabad ini.

1 ) JANGAN SESEKALI CUBA UNTUK TIDUR
Bagi penghidap imsomnia, setiap malam hari, jangan sesekali anda cuba untuk tidur, ini adalah kerana masalah susah tidur atau tak dapat tidur (imsomnia) ini hanya akan berlaku apabila anda cuba untuk tidur sahaja. Apabila anda tidak tidur, maka anda tidak akan lagi mengalami masalah susah untuk tidur ini.


2) CUBA UNTUK BERLARI DIMALAM HARI
Ingat, bagi setiap insan yang menghidap imsomnia ini, cubalah memulakan larian di waktu malam, tetapi ingat, pilihlah tempat yang sesuai terutama kaum wanita. Keselamatan harus dipatuhi. Kadar metabolisma badan akan meningkat apabila anda berlari, peluh akan mula keluar disetiap sudut liang-liang roma anda, dengan peluh yang membasahi badan anda ini, anda tidak akan berasa mengantuk lagi malah cergas diwaktu siang hari.


3) JANGAN BANGUN DARI TIDUR
Petua yang paling penting adalah jangan sesekali bangun apabila anda telah berjaya tidur dengan nyenyak. Cuba bayangkan betapa susahnya anda untuk tidur. Dari pemerhatian dr wan abu, masalah susah untuk tidur ini berlaku dalam keadaan anda sedar dan tidak akan sesekali berlaku dalam keadaan anda tidak sedar. Oleh itu, anda tidak seharusnya bangun dari tidur anda yang nyhenyak itu.

Dengan 3 petua yang dr wan abu kongsikan ini, seharapnya pembaca sekalian tidak akan lagi mengalami masalah kurang tidur ini.

No comments:

Post a Comment