Search

Friday, 14 November 2014

Rahsia Senyuman Wanita

Senyuman wanita untuk lelaki

PERINGATAN : Tips-tips atau apa2 knowledge yang dr wan abu kongsikan ini hanya berkesan untuk perempuan dan lelaki dan bukannya untuk lelaki dan lelaki.


Rahsia disebalik senyuman
Hakikatnya, setiap manusia, lelaki atau wanita semestinya mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan hidup masing-masing samada untuk selama-lamanya atau sementara (keputusan terserah kepada individu), nasihat dari dr wan abu, kalau nak cari pasangan dan nak gunakan tips/knowledge dari dr wan abu ni, tolong gunakan untuk mencari pasangan hidup untuk selama-lamaya kerana dr wan abu tak nak berkompromi dalam setiap aktiviti-aktiviti anda bersama pasangan dibelakang dr wan abu. Ilmu yang diajar ini hendaklah digunakan kearah kebaikan dan bukannya kearah kemungkaran, kalau tak sia-sia je dr wan abu taip ni habiskan masa berjam -jam lamanya.

Sebagai seorang wanita, tips yang pertama dr wan abu nak ajar adalah senyuman. Murahkan senyuman anda, setiap hari, setiap jam, setiap masa dan kalau boleh tidurlah anda dalam senyuman juga, especially untuk yang dah bersuami. Ini kerana kebiasaannya jika suami terjaga ditengah malam, terlihat isteri tidur dalam senyuman, bolehlah si suami tidur dengan lena selepas tersedar oleh mimpi ngeri sebentar tadi.

Ingat, anda tidak semestinya hanya senyum apabila bersemuka dengan seseorang atau orang yang diminati, tak perlu nak pandang sekeliling dahulu baru nak senyum, just senyum je walau tak ada apa pun yang berlaku. Tahu tak kenapa ? Kerana anda harus tahu yang lelaki-lelaki atau peminat-peminat anda sentiasa memerhatikan anda, ketika anda berjalan, lelaki-lelaki itu semestinya ada disebalik-balik tiang-tiang bangunan itu, ketika anda melintas jalan, lelaki-lelaki ini berada didalam kereta bertinted gelap sambil memerhatikan anda. Mereka sentiasa dan semestinya sentiasa memerhatikan anda, tapi dari jauh.I ni adalah kebiasaannya seorang lelaki, mereka ini tak gelojoh, sebelum seseorang lelaki datang kearah anda, menyapa dan berkenalan dengan anda, mereka akan sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri anda, dari jauh akan memerhatikan raut wajah anda, percakapan dan gaya anda, dan inilah masanya untuk anda melontar senyuman anda kerana senyuman ini adalah satu magnet yang kuat yang akan menarik lelaki-lelaki yang berada dibelakang tiang tadi untuk menghampiri anda, juga akan menanggalkan tinted kereta mereka hanya untuk memerhatikan anda dengan jelas dan mendampingi anda.

Tapi anda harus ingat, senyuman yang anda lontarkan tadi adalah dari jarak jauh dan hanya satu magnet untuk menarik lelaki-lelaki itu. Apakah anda sudah bersedia untuk berdepan dengan lelaki-lelaki itu? Anda harus ingat yang lelaki dilahirkan dengan penuh persoalan dan pemerhatian.

Tips seterunya adalah pastikan senyuman anda dari jarak dekat adalah yang terbaik dimana tiada cacat celanya seperti serpihan-sepihan lada dicelah-celah gigi dan kuning-kuningan oleh kerana terlupa gosok gigi. Dari jauh manis nampaknya, akan tetapi lelaki-lelaki disebalik tiang ini akan meninggal anda dalam sekelip mata sahaja jika senyuman anda dari jarak dekat ini ada cacat celanya dan lantas akan mengubah persepsi mereka dalam sekelip mata. Terdapat banyak ubat gigi di pasaran, Colgate, Darlie, tak perlu dr wan abu beritahu, invest a little bit, and you all will get what u want. Trust Me..

No comments:

Post a Comment